Monday, June 2, 2008

Penjagaan kulit di sekitar mata

Masalah yang sering mengganggu di sekitar kulit mata:
  • Lingkaran Hitam Bawah Mata

Terbahagi kpd 2 faktor iaitu keturunan dan persekitaran. Faktor keturunan sering terjadi apabila usia meningkat dan keanjalan kulit menurun. Faktor persekitaran pula kerana kurang tidur, pencemaran alam sekitar, asap rokok dan tekanan. Lingkaran hitam bawah mata berlaku kerana salur darah membesar akibat faktor persekitaran maka otak akan menghantar nutrien yang disalurkan melalui saluran darah. ketika darah mengalir ke saluran darah yang besar, daerah kulit mata menjadi gelap.

  • Kantung Mata (eye bag)

Terjadi kerana sistem pembuangan bendalir tubuh kurang lancar. Juga boleh disebabkan bahagian bawah mata tumbuh lemak yang berlebihan sehingga terlihat membengkak.

  • Garis Halus

Disebabkan oleh kulit kering atau dehidrasi, penuaan sebelum waktu serta penuaan.

  • Bintik Di Bawah Mata

Terjadi kerana tidak membersihkan solekan terutama di bahagian bawah mata dengan betul. Sisa-sisa solekan ini boleh masuk ke dalam pori-pori lalu tersumbat yang akan menyebabkan wujudnya bintik-bintik.

p/s: info dari sumber bacaan..utk sesapa yang malas membaca buku atau majalah bolehla baca kat internet ye......